Masih hangat dengan isu kematian seorang remaja yg ditembak mati oleh polis di Shah Alam pd hujung bln lepas, hari ini aku terbaca lagi satu kisah seorang remaja yg cedera di usus akibat ditembak oleh polis malam td dalam kejadian kejar mengejar di Jalan Seremban-Jelebu, Negeri Sembilan. Kejadian dikatakan berlaku apabila remaja berkenaan yg berada di dalam kumpulan seramai 20 org gagal memberhentikan motosikal yg ditungganginya setelah diarahkan sepasukan polis peronda yg menggunakan MPV. Insiden tersebut berlaku pd awal pagi, lebih kurang jam 3.30 pagi bermula dari depan pusat membeli belah CentrePoint di Jalan Dato' Siamang Gagap. Seperti ape yg telah aku baca dr sebuah akhbar harian, anggota polis yg melepaskan tembakan tersebut adalah seorang yg berpangkat konstable dan digantung kerja serta merta kerana perbuatan tersebut dilakukan tanpa justifikasi. Masalahnye sekarang, adakah pihak polis menganggap melepaskan tembakan itu adalah perkara yg biasa je? Macam main pistol air? Dr ape yg aku nampak, kes2 jenayah kat Malaysia ni macam trend. Lepas satu kejadian, kejadian yg hampir sama akan menyusul dlm tempoh masa terdekat. Semakin lama aku sendiri semakin takut berada di negara sendiri. Walaupun org selalu kata negara kite ni adalah sebuah negara yg aman damai tanpa letusan peperangan, tp bg aku, dah tak ade bezanya lg. Kejadian jenayah makin meningkat. Pihak yg bertanggungjawab untuk menjaga keamanan negara juga semakin lalai dan semakin sambil lewa dalam menjalankan tugas, walaupun tidak secara keseluruhannye. PERSOALANNYA; Adakah tindakan pihak berkuasa yg melepaskan tembakan tanpa sebarang justifikasi itu turut disabitkan sebagai jenayah? Kita tunggu hasil siasatannya nanti. Mudah-mudahan perkara yg sebegini tidak akan berulang lg. Harap maklum..
Princess Ayu
No comments:
Post a Comment